Monday, September 14, 2009

Wallpapers

Dalam duk layan blog ni..terpikir aku nak kongsikan sedikit wallpaper dekat korang semua..boleh la buat hias pc korang untuk raya nanti..

Pc pon nak raya jugak..bukan tuannya jer..

Abstract_Wallpapers-25 gambar dan saiz dia 13mb


Download kat sini Abstarct_Wallpapers

Car_Wall_Collections-30 gambar dan saiz 6.48mb


Download Kat sini Car_Wallpapers
Read more...

Sunday, September 13, 2009

Tips Servis Kereta Sempena Pulang Raya



Bahagian Penting Kereta Perlu Dijaga

Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap
40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:
Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.

Kredit To blog isuhangat
Read more...

Saturday, September 12, 2009

Cerita Raya


Hari Raya bakal menjelang tak lama lagi. Lebih kurang seminggu lagi berpuasa. pasni raya la jawabnya..Masa raya ni kanak-kanak la yang paling gembira dan seronok. Apa tidaknya, masing-masing telah di beli baju dan seluar raya oleh orang tua dia orang, entah berapa pasang sorang tak tahu la. Pastu dapat lak balik beraya kat kampung, berkumpul dengan semua ahli keluarga dan jumpa lak dengan atuk dan nenek dia orang(ini bagi mereka yang duk di perantauan la).Aku bukan di kalangan mereka yang duk di perantauan, jadi aku tak merasa sangat suasana yang macam dia orang rasa ni(masa kecik hinggal la sampai sekarang), Cuma masa study kat Uitm dulu ada la jugak merasa suasana duk di perantauan ni walaupun tidak jauh sangat dengan kampung ku. Teringat lagi masa aku jadi budak dulu, suka sangat main mercun(buat mercun sendiri pun pernah..shhhhh). Memang bestkan, mesti korang pun duk terkenangkan zaman kecik-kecik korang dulu bila masing-masing duk berlawan main mercun. Hehe, boleh pekak telinga di buatnya. Itu dulu la, tapi serius aku bagitau bahaya main mercun ni dik oi, silap-silap raya kat hospital kita. Jadi tak payah la main mercun tu, kalau nak main sangat, main jer bunga api yang tak merbahaya tu.

Tapi apa yang paling seronok bagi budak-budak ini ialah bila dapat duit raya. Haha..aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, Kalau tak makan dan minum tak kisah sangat, asalkan dapat duit raya. Itupun kalau dah banyak sangat rumah yang kita pergi beraya, nak makan dan minum pun dah tak mahu lagi, yang tahu nak duit raya jer. Hehe, syok betol la bila terkenangkan masa kanak-kanak dulu.


Tapi kan, makin lama bila zaman dah makin maju ni, aku rasa suasana raya ni makin berubah la. Dah rasa makin tak meriah lak, tak macam dulu.Tapi entahla, aku je ke yang rasa macam ni ataupun Korang pun ada rasa jugak. Aku rasa mungkin jugak di sebabkan oleh faktor umur yang makin meningkat dan jugak mungkin jugak di sebabkan oleh kecanggihan zaman. Yer la, zaman dah makin maju, suasana raya pun dah jadi maju jugak. Hmmm, nampaknya aku kena berhenti kat sini dulu, kalau ada masa kita sambung lagi. Adioss…
Read more...

Friday, September 11, 2009

Salam Ramadhan



Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Pejam-celik, pejam-celik, tinggal lebih seminggu lagi kita berpuasa. Terasa syahdu bila hendak di tinggalkan dan syawal pula bakal menjelma tiba.Perantau-perantau di kota mula menyiapkan diri dan keluarga untuk pulang ke kampung masing-masing. Bermula minggu ini, akan sesakla pelbagai kenderaan di jalan raya, ye laa, masing-masing nak pulang beraya di kampung. Semoga perjalan perantau-perantau selamat hendaknya. Jangan lupa, buat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing sebelum pulang dan berhati-hati la di jalan-raya. Jangan la berlumba cepat nak sampai ke destinasi, kata orang, bukan ana yang kata, tapi kata orang, biar lambat asalkan selamat. Hehe, akan lengangla jawabnya kota KL nanti. Sempena tanggal 12-09-09 ini, maka terhasillah blog ana yang tak seberapa ni..Adios Read more...


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Hot Car Pictures. Powered by Blogger