Friday, September 11, 2009

Salam Ramadhan



Ramadhan bakal meninggalkan kita tidak berapa lama lagi. Pejam-celik, pejam-celik, tinggal lebih seminggu lagi kita berpuasa. Terasa syahdu bila hendak di tinggalkan dan syawal pula bakal menjelma tiba.Perantau-perantau di kota mula menyiapkan diri dan keluarga untuk pulang ke kampung masing-masing. Bermula minggu ini, akan sesakla pelbagai kenderaan di jalan raya, ye laa, masing-masing nak pulang beraya di kampung. Semoga perjalan perantau-perantau selamat hendaknya. Jangan lupa, buat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing sebelum pulang dan berhati-hati la di jalan-raya. Jangan la berlumba cepat nak sampai ke destinasi, kata orang, bukan ana yang kata, tapi kata orang, biar lambat asalkan selamat. Hehe, akan lengangla jawabnya kota KL nanti. Sempena tanggal 12-09-09 ini, maka terhasillah blog ana yang tak seberapa ni..Adios

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Hot Car Pictures. Powered by Blogger