Saturday, September 12, 2009

Cerita Raya


Hari Raya bakal menjelang tak lama lagi. Lebih kurang seminggu lagi berpuasa. pasni raya la jawabnya..Masa raya ni kanak-kanak la yang paling gembira dan seronok. Apa tidaknya, masing-masing telah di beli baju dan seluar raya oleh orang tua dia orang, entah berapa pasang sorang tak tahu la. Pastu dapat lak balik beraya kat kampung, berkumpul dengan semua ahli keluarga dan jumpa lak dengan atuk dan nenek dia orang(ini bagi mereka yang duk di perantauan la).Aku bukan di kalangan mereka yang duk di perantauan, jadi aku tak merasa sangat suasana yang macam dia orang rasa ni(masa kecik hinggal la sampai sekarang), Cuma masa study kat Uitm dulu ada la jugak merasa suasana duk di perantauan ni walaupun tidak jauh sangat dengan kampung ku. Teringat lagi masa aku jadi budak dulu, suka sangat main mercun(buat mercun sendiri pun pernah..shhhhh). Memang bestkan, mesti korang pun duk terkenangkan zaman kecik-kecik korang dulu bila masing-masing duk berlawan main mercun. Hehe, boleh pekak telinga di buatnya. Itu dulu la, tapi serius aku bagitau bahaya main mercun ni dik oi, silap-silap raya kat hospital kita. Jadi tak payah la main mercun tu, kalau nak main sangat, main jer bunga api yang tak merbahaya tu.

Tapi apa yang paling seronok bagi budak-budak ini ialah bila dapat duit raya. Haha..aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, Kalau tak makan dan minum tak kisah sangat, asalkan dapat duit raya. Itupun kalau dah banyak sangat rumah yang kita pergi beraya, nak makan dan minum pun dah tak mahu lagi, yang tahu nak duit raya jer. Hehe, syok betol la bila terkenangkan masa kanak-kanak dulu.


Tapi kan, makin lama bila zaman dah makin maju ni, aku rasa suasana raya ni makin berubah la. Dah rasa makin tak meriah lak, tak macam dulu.Tapi entahla, aku je ke yang rasa macam ni ataupun Korang pun ada rasa jugak. Aku rasa mungkin jugak di sebabkan oleh faktor umur yang makin meningkat dan jugak mungkin jugak di sebabkan oleh kecanggihan zaman. Yer la, zaman dah makin maju, suasana raya pun dah jadi maju jugak. Hmmm, nampaknya aku kena berhenti kat sini dulu, kalau ada masa kita sambung lagi. Adioss…

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Hot Car Pictures. Powered by Blogger